Mujahid Mujahidah Bukan Geng Jiwang dalam FB

Assalamualaikum.

“Jangan nak ber-cinta-ana-enti la sangat…”

My seniors (they are husband and wife) always remind me with the sentence kekeke. Despite of the reminder, they tease me with a guy (my classmate actually) at the same time. >.<

They wanna see me get married ASAP hahaha…

It’s good to get married early but manifesting the eagerness (oh wow dahsyatnya vocab I hari ni) to have partner in FB is not.

Contohnya…

Credit: Datin Orchid isteri Tan Sri A
mohon terasa

Kekeke…

And actually there’s story together with this photo. Copy paste sudah!

Bismilillah 

Mahmoud al-Halabi pada dulunya merupakan seorang pemandu bagi isteri seorang menteri Syria yang lama. Manakala Nour al-Hasan pula dulunya merupakan pendandan rambut. Di awal kebangkitan Syiria, pemberontakan dalam diri mereka masing-masing membawa mereka bersama untuk menjadi pejuang di Aleppo dalam melawan tentera basyar al-asad.Mahmoud merupakan pejuang barisan hadapan (frontliner) di kawasan tersebut. Dia dulunya pernah diseksa rejim basyar dan dibuang Negara ke Libya dek kerana bercinta dengan anak perempuan menteri basyar. Semasa di Libya, Mahmoud berjuang bersama pejuang di Libya dalam melawan gadaffi. Dan di situlah beliau belajar seni-seni ketenteraan. Kini, ilmu peperangan yang dimilikinya digunakan untuk menyokong perjuangan mujahidin dalam menjatuhkan basyar dan menegakkan Daulah Khilafah!

Nour yang dulunya merupakan pendandan rambut merupakan seorang anak perempuan kepada pegawai tertinggi basyar. Beberapa bulan lanjutnya kebangkitan Syria, Nour mendedahkan maklumat rahsia kejijikan dan kerosakan yang berlaku dalam rejim basyar di facebook menggunakan id palsu lantas menyebabkan beliau dipukul dan diseksa oleh keluarganya sehingga beliau terlantar di hospital. Selepas beliau sembuh sedikit, beliau kembali dikurung dan diseksa di rumahnya. Berita ini tersebar kepada para pejuang menyebabkan Mahmoud datang menyelamatkan Nour, dan membawa Nour menyertai kumpulan pejuang Islam.

Nour dan Mahmoud bersama-sama pejuang lain giat menyampaikan kesedaran kepada rakyat untuk bangkit. Mahmoud berkata, “kami mula menyeludup senjata bersama, saya mengajarkan Nour bagaimana untuk menggunakan senjata dan mempertahankan diri agar dia tidak dapat diculik oleh kroni bapanya yang berniat untuk menderanya. Kemudian Nour membuat keputusan untuk berjuang bersama dan Nour menjadi penembak tepat (sniper) bagi battalion kami.”

Baru-baru ini, Nour telah Berjaya menembak penembak tepat basyar dengan izin Allah yang sedang mencari sasaran untuk menembak pejuang. Para pejuang tidak pernah mengganggap Nour sebagai perempuan biasa, malahan para pejuang mengakui bahawa Nour adalah penembak tepat terbaik dalam battalion mereka.

Pada pandangan pertama, Nour tidak dapat dibezakan langsung samaada lelaki atau perempuan. Nour menutup seluruh wajahnya dan hanya memperlihatkan matanya sahaja, dan dengan matanya sahajalah orang lain mengetahui bahawa Nour adalah seorang wanita. Di kepalanya terdapat penutup kepala (headband) yang tertulis di atasnya kalimah syahadah, membuatkan ramai orang menganggap bahawa dia seorang pejuang lelaki dalam Jabhat al-Nusrah!

Kisah cinta

 

Mahmoud dan Nour berkahwin pada july 2012. “Ketika saya tercedera di medan perang, Nour tidak teragak-agak melindungi saya di saat tembakan terbuka (open fire) dan membawa saya ke tempat yang selamat. Secara logiknya tidak ada orang lain berani berbuat demikian, kerana bahayanya berada di tengah kawasan tembakan terbuka tersebut,” kata Mahmoud. Mahmoud menambah, “pada ketika ini lah saya membuat keputusan bahawa dialah yang tercipta untuk saya, dan kami berkahwin beberapa hari kemudian.”

Nour berkata bahawa dia berjuang hanya untuk Allah semata-mata, dan tidak akan kembali semula kepada keluarganya yang sesat.

*Rasa canggih gila perempuan jadi sniper. Buat lasik la macam ni, nak jadi sniper jugak. Hensem!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s