Aku Nak Khilafah Je!

Assalamualaikum.

Belum 21 pun lagi. Tak daftar pun. Dan tak nak daftar. Sampai sudah aku tak nak daftar.

Katanya suara majoriti. Majoriti maksudnya semua la, termasuk yang tua tak larat nak jalan dan bayi yang baru lahir. Sebab mereka pun tergolong dalam istilah rakyat.

Ah. Yang lebih penting bagi aku adalah hukum syariat itu sendiri.

Pedulilah korang nak kata aku biarkan kezaliman terus berleluasa dengan membiarkan pemimpin yang zalim berkuasa terus. Kadang-kadang dan sebenarnya seringkali aku terfikir, mereka yang berkompromi dan mengubah-ubah Islam ni lebih zalim.

Yang mengubah apa yang telah tetap dalam Islam ni lebih zalim, aku terlampau sakit hati sebab merekalah yang lebih menyusahkan dakwah ke arah Islam yang sebenar. Sungguh aku tak tahan dengan kezaliman yang semacam tu. Aku tak tahan melihat syariat diringan-ringankan untuk memenangkan maslahat mereka.

Sungguh, aku yakin, menangnya parti mereka itu bukan bererti kemenangan Islam. Kerana awal-awal lagi thariqah mereka sudah tidak tepat, tersasar daripada thariqah Rasulullah saw.

Kalaulah aku dapat halang bapak pergi mengundi. Nasib baik adik beradik aku pun belum berdaftar lagi, aku dapat extra empat hingga lima tahun untuk bagitahu diorang.

Mengundi tu satu kewajipan? Siapa kata? Ini mengundi dalam demokrasi, benda yang jelas dah lari jauh dari Islam yang sebenar.

Pilihanraya untuk mengangkat khalifah, ya aku akan pergi mengundi. Sebab mati tanpa baiat kepada khalifah maksudnya mati jahiliyyah.

Ini bukan mengundi untuk melantik khalifah. Ini nak lantik wakil rakyat yang akan duduk dalam parlimen dan ubah undang-undang. Kerja ubah undang-undang ni bukan kerja manusia! Hanya Allah yang berhak mengubah hukum.

Sejak jatuhnya khilafah pada tahun 1924, pernah ke korang tengok umat Islam menang peperangan mana-mana menentang orang kafir? Tak kan? Dan ramai orang bagitahu aku orang Islam tak menang sebab Islam dah tak hebat sekarang.

Kenapa Islam tak hebat? Sebab dah tak ada khilafah, dan khalifah. Sebelum kejatuhan khilafah, ada ke kita dengar umat Islam kena bantai teruk-teruk bertahun berdekad tanpa ada penyelesaian?

Tak ada, kan?

Aku cuma nak khilafah, aku tak nak negara yang lahir dari demokrasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s