Tribute to Cik Na

Assalamualaikum.

Photography day remarks the end of the semester and the coming soon exam as well. Of course I don’t attend the session because I don’t think that I look good in photos. And I don’t like to be in photos. I don’t like camera.

Actually i write this entry as a tribute to my dearest friend, Cik Na.

Stress selalu je kena terlibat dengan exam. Kesian kepada mereka berdua, tidak pernah mahu bercinta berdua tapi telah di-match-making-kan dengan persetujuan hampir majoriti manusia bergelar pelajar di dunia ini.

Macam mana aku relate pencapaian akademik hari ini dengan kehidupan akhirat kelak?

Sebelum aku jumpa Islam yang sebenarnya sepertimana yang Allah turunkan kepada Rasulullah saw, aku rasa akademik ni nombor satu dan segala-galanya dalam hidup sementelah aku seringkali terasa malas nak belajar.

Kenapa aku malas nak study? Bila nak exam barulah gelabah haru biru kelabu.

Aku tak selalu rasa apa yang aku study tu dapat aku relate dengan kehidupan aku hari-hari. Yes, I study medic. Tapi aku tidak bersemangat untuk melihat medic itu sendiri dalam aspek kehidupan yang aku lalui hari-hari. Sejujurnya kalau diberi pilihan lain untuk belajar, aku rela ambik Early Childhood Education untuk jadi babysitter. Aku boleh hidup dengan menjaga kanak-kanak, because I love it. Tapi disebabkan zaman kapitalis ini tidak menyediakan ‘tempat’ yang begitu selesa untuk babysitter berpendidikan jadi aku ambik je la medik memandangkan medik lebih aku prefer daripada engineering, dan aku pilih medik untuk menyedapkan hati bapak juga.

Dan setelah menerima Islam yang sebenar, baru aku tahu akademik hari ini adalah benda sunat, yang wajib adalah mempelajari Islam itu sendiri. Aku tahu aku takkan dikurniakan degree apa-apa bila aku belajar Islam yang sebenar. Tapi Islam yang Allah datangkan kepada aku melalui orang yang mencintai aku lebih mudah aku terapkan dalam kehidupan.

Aku belajar Islam.

Allah wajibkan aku menyampaikan Islam kepada orang lain.

Aku kena (mahu atau terpaksa) mengulangkaji apa yang aku belajar (aku suka je ulangkaji bab-bab Islam yang sebenar ni, bukan Islam wasatiyyah) . Islam yang aku belajar itu juga mempertanggungjawabkan diri aku supaya aku menerapkannya dalam kehidupan.

Okey. Itu pasal Islam yang aku jumpa. Bab akademik pulak.

Allah punya ilmu tu luas. Take your pick, nak belajar yang mana satu.

Dalam hidup ni kita ada dua circles.

Circle pertama: yang kita kuasai.

Dalam circle ni kita ada kuasa untuk mengubah apa-apa yang kita boleh ubah. Kita mampu mengubah apa yang kita nak capai dalam akademik melalui usaha kita. Jadi the question is kept to ourselves: nak berjaya ke tidak? Kalau nak kena kerja kuat sikit.

Circle 2: yang kita tidak kuasai.

Circle ni adalah kuasa Allah. Kita tak dapat menguasai apa-apa dalam circle ni. Apa sahaja yang berlaku di luar kuasa kita ada dalam circle ni. Sekuat mana pun usaha kita tapi kalau Allah kata dia tak nak bagi kejayaan maka itu ialah qadha ke atas kita. Dan kita wajib menerimanya. Kalau kita usaha sekadar melepaskan batuk di tangga dan Allah kata kita berjaya maka kita jugak wajib menerimanya.

Apa yang kita boleh buat ialah usaha dan doa kepada Allah.

Oke. Dah biasa dengar ayat ni kan.

Kehidupan kita lepas mati ada akhirat. Bekerja la untuk akhirat yang kekal selamanya tu. Aku juga tak rasa ‘keindahan’ hidup dalam zaman kapitalis ni akan betul-betul bawak kita ke syurga. Kita kena cari redha Allah. Buat benda sunat pun akan mendatangkan redha Allah jugak insyaAllah. Belajar lah betul-betul, kalau pencapaian akademik itu akan membantu kita survive dalam zaman kapitalis serba menggigit ini dan lepas tu membantu kita untuk terus berdakwah.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s