Formula Bahagia Aku

Assalamualaikum.

Ketika muda-muda dulu, ketika masih di kolej, aku selalu terfikir apakah caranya untuk membuat orang sedar tentang Islam. Maklumlah aku badar kan…

Tanpa pemahaman yang jelas tentang diri, aku cuba membuat manusia faham Islam mengikut persepsi aku. Aku cuba membuat manusia lain berubah.

Tapi akhirnya Allah memberi pengetahuan kepada aku, beserta buktinya bahawa kita tidak bisa mengubah manusia lain.

Apa yang kita boleh buat hanyalah mengubah diri kita sendiri.

Abah banyak kali bagitahu aku benda ni. Namun mungkin dek usia yang masih muda pada waktu itu aku tidak dapat mencerna dengan baik maksud abah.

Dan setelah aku mengalami peningkatan usia dan berjauhan dengan keluarga baru la aku faham. (Perkataan peningkatan usia tu macam dahsyat je)

Aku tak dapat ubah pemikiran kawan baik aku sekali pun.

Sesungguhnya yang aku boleh ubah hanyalah pemikiran aku. Aku tidak kan pernah bisa mendominasi (yang bunyi macam indon ni apahal… telinga tengah dengar lagu indon hahaha) cerebral hemisphere orang lain, dan begitu juga orang lain tidak akan dapat mendominasi cerebral hemisphere aku.

Disebabkan aku belajar medik, so aku telah belajar bahawa isyarat motor dalam otak kita akan initiate movement kita, termasuklah verbal movement daripada lidah dan mulut yang berkata-kata.

Maka apabila ada orang yang mengatakan benda yang buruk mengenai aku, termasuklah mengumpat maka aku menganggap dia punya otak ada banyak masalah. Dah tak dapat nak keluar benda yang baik-baik, maksudnya otak dia penuh dengan benda-benda jahat la tu. Asyik nak cakap benda-benda buruk, dan dah tak berbaki langsung kebaikan dalam kepala otak dia, mungkin juga begitu.

Dan aku yang mendengar nista yang keluar dari bibir mereka, sebagai orang yang diserang aku punyai pilihan untuk menjadi reactive atau untuk sekadar senyap dan senyum. Allah bagi aku otak dan akal untuk berfikir tentang apa yang berada dalam lingkungan kekuasaan aku. Aku berkuasa untuk menyerang mereka kembali. Aku juga berkuasa untuk buat tak tahu.

Jadi aku buat tak tahu.

Sebab natijahnya nanti kalau aku memberi reaksi kepada mereka, akhirnya mereka akan bertepuk tangan kerana aku mengikut kehendak mereka yang memang suka mencari pasal dengan aku.

Bila aku buat tak tahu, aku bukan sahaja telah mengecewakan mereka dengan expectation mereka, malah aku juga dah kasi tone down diorang punya kerek tak habis-habis. Akhirnya hidup aku tenang dan aman. Aku biarkan mereka bising menyalak bukit sampai mereka penat.

Rasa untuk sakit hati itu tidak bermaharajalela dalam diri aku, sebab aku telah pun memilih untuk memahami bahawa benda-benda buruk yang aku dengar dari mereka itu adalah hasil pemikiran bermasalah mereka sendiri. Jadi aku rasa aku mempunyai pemikiran yang tidak bermasalah.

Orang baling tahi, kita baling bunga.

Orang bagi bunga, kita bagi bunga.

Itulah formula aku untuk hidup bahagia, jangan ubah orang, tapi ubah pemikiran kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s