Manusia Berpenyakit Hati

Assalamualaikum.

Ada kawan tanya aku, kenapa la wujud manusia yang tak senang tengok orang lain ni? Kawan aku tu, dia bukannya lawa (bahkan dia rasa hidungnya penyek lagi), bukan jugak anak datuk mana-mana… dan bukan jugak pelajar genius.

Ada pulak mak cik yang duduk berjiran dengan aku ni, dia disihir sebab orang cemburu dia ada hubungan yang baik dengan anak dia.

What?? You got children it is your responsibility and obligation to do good and make them happy. Kenapa mahu marah?

Human beings getting really weird with their penyakit hati.

Of course aku jugak menghadapi benda yang sama sedangkan I live my own way, abide by the rule of Allah swt and Rasulullah… aku tak kacau pakwe orang, aku tak kacau adik atau abang orang lain… still there people cannot see me happy.

Betullah Allah kata manusia yang sebegini ni ada penyakit hati…

Aku rasa orang yang ada penyakit hati ni mesti muka dia tak lawa. Dah asyik memikirkan kerja untuk menjahanamkan orang je.

Alhamdulillah Allah bagi aku kefahaman dan cara nak mengatasi orang yang ada penyakit hati ni.

Nak jeles-jeles sangat, aku malas nak layan. Itu nombor satu.

Nak main kasar hantar benda bagai… mohon perlindungan dengan Allah sebab Dia je yang boleh melindungi kita. Dan mintak juga dengan Allah semoga kita dijauhkan daripada mendapat penyakit hati yang sama. Kalau Allah izinkan benda-benda pelik tu berlaku, maksudnya itu adalah qadha yang seharusnya kita tak perlu persoalkan. Ada hikmah la Allah bagi ujian.

Kalau dia nak go public dengan ketidaksenanganhatinya kat laman sosial mana-mana, biarkan dia terus menyalak bukit… kalau kita react dia lagi suka. Sebab objektif dia memang nak suruh kita marah.

 

Advertisements

Penyejuk di Mata, Tapi Tak Semestinya Penenang di Hati; Kucing

He is already a teenager by I still want to call him my kitten.

He is already a teenager by I still want to call him my kitten.

Matanya dan mataku sama.

Ingat senang ke nak dapat alis mata yang membuatkan mata manusia jadi macam mata kucing by nature occurrence?

Budak bulus ini! Hidung hitam!

Budak bulus ini! Hidung hitam!

He is of the breed of Norwegian Forest. Kalau bela kucing baka yang macam ini maka tak payah risau dengan barang-barang yang ada kat tempat tinggi. Sebab diorang (orang?) tak reti memanjat dan kalau diletakkan kat tempat tinggi pun takkan reti turun. So diorang takkan panjat.

and of course, he sleeps really well for hours.

and of course, he sleeps really well for hours.

Once he was sleeping from 11 a.m. until maghrib.

That is Meto.

And now, July.

this is madam July. to Meto she is noona

this is madam July. to Meto she is noona

This cat really understands human words. I think she is one of the intersect as well, together with Chuck Buttowski.

July was really depressed

July was really depressed

July isn’t mine. My friend owns her. You have to be careful when you’re talking about her in front of herself. I once said “July, you are a very beautiful cat.” She didn’t care about the word beautiful, but she cared much about the word cat. She never thought of herself as a cat, she lived as a human, in her mind. She sulked for days with me for saying she’s a cat.

Meto and July never get well together. They do not know each other.

 

 

 

 

 

Tribute to Cik Na

Assalamualaikum.

Photography day remarks the end of the semester and the coming soon exam as well. Of course I don’t attend the session because I don’t think that I look good in photos. And I don’t like to be in photos. I don’t like camera.

Actually i write this entry as a tribute to my dearest friend, Cik Na.

Stress selalu je kena terlibat dengan exam. Kesian kepada mereka berdua, tidak pernah mahu bercinta berdua tapi telah di-match-making-kan dengan persetujuan hampir majoriti manusia bergelar pelajar di dunia ini.

Macam mana aku relate pencapaian akademik hari ini dengan kehidupan akhirat kelak?

Sebelum aku jumpa Islam yang sebenarnya sepertimana yang Allah turunkan kepada Rasulullah saw, aku rasa akademik ni nombor satu dan segala-galanya dalam hidup sementelah aku seringkali terasa malas nak belajar.

Kenapa aku malas nak study? Bila nak exam barulah gelabah haru biru kelabu.

Aku tak selalu rasa apa yang aku study tu dapat aku relate dengan kehidupan aku hari-hari. Yes, I study medic. Tapi aku tidak bersemangat untuk melihat medic itu sendiri dalam aspek kehidupan yang aku lalui hari-hari. Sejujurnya kalau diberi pilihan lain untuk belajar, aku rela ambik Early Childhood Education untuk jadi babysitter. Aku boleh hidup dengan menjaga kanak-kanak, because I love it. Tapi disebabkan zaman kapitalis ini tidak menyediakan ‘tempat’ yang begitu selesa untuk babysitter berpendidikan jadi aku ambik je la medik memandangkan medik lebih aku prefer daripada engineering, dan aku pilih medik untuk menyedapkan hati bapak juga.

Dan setelah menerima Islam yang sebenar, baru aku tahu akademik hari ini adalah benda sunat, yang wajib adalah mempelajari Islam itu sendiri. Aku tahu aku takkan dikurniakan degree apa-apa bila aku belajar Islam yang sebenar. Tapi Islam yang Allah datangkan kepada aku melalui orang yang mencintai aku lebih mudah aku terapkan dalam kehidupan.

Aku belajar Islam.

Allah wajibkan aku menyampaikan Islam kepada orang lain.

Aku kena (mahu atau terpaksa) mengulangkaji apa yang aku belajar (aku suka je ulangkaji bab-bab Islam yang sebenar ni, bukan Islam wasatiyyah) . Islam yang aku belajar itu juga mempertanggungjawabkan diri aku supaya aku menerapkannya dalam kehidupan.

Okey. Itu pasal Islam yang aku jumpa. Bab akademik pulak.

Allah punya ilmu tu luas. Take your pick, nak belajar yang mana satu.

Dalam hidup ni kita ada dua circles.

Circle pertama: yang kita kuasai.

Dalam circle ni kita ada kuasa untuk mengubah apa-apa yang kita boleh ubah. Kita mampu mengubah apa yang kita nak capai dalam akademik melalui usaha kita. Jadi the question is kept to ourselves: nak berjaya ke tidak? Kalau nak kena kerja kuat sikit.

Circle 2: yang kita tidak kuasai.

Circle ni adalah kuasa Allah. Kita tak dapat menguasai apa-apa dalam circle ni. Apa sahaja yang berlaku di luar kuasa kita ada dalam circle ni. Sekuat mana pun usaha kita tapi kalau Allah kata dia tak nak bagi kejayaan maka itu ialah qadha ke atas kita. Dan kita wajib menerimanya. Kalau kita usaha sekadar melepaskan batuk di tangga dan Allah kata kita berjaya maka kita jugak wajib menerimanya.

Apa yang kita boleh buat ialah usaha dan doa kepada Allah.

Oke. Dah biasa dengar ayat ni kan.

Kehidupan kita lepas mati ada akhirat. Bekerja la untuk akhirat yang kekal selamanya tu. Aku juga tak rasa ‘keindahan’ hidup dalam zaman kapitalis ni akan betul-betul bawak kita ke syurga. Kita kena cari redha Allah. Buat benda sunat pun akan mendatangkan redha Allah jugak insyaAllah. Belajar lah betul-betul, kalau pencapaian akademik itu akan membantu kita survive dalam zaman kapitalis serba menggigit ini dan lepas tu membantu kita untuk terus berdakwah.

 

Formula Bahagia Aku

Assalamualaikum.

Ketika muda-muda dulu, ketika masih di kolej, aku selalu terfikir apakah caranya untuk membuat orang sedar tentang Islam. Maklumlah aku badar kan…

Tanpa pemahaman yang jelas tentang diri, aku cuba membuat manusia faham Islam mengikut persepsi aku. Aku cuba membuat manusia lain berubah.

Tapi akhirnya Allah memberi pengetahuan kepada aku, beserta buktinya bahawa kita tidak bisa mengubah manusia lain.

Apa yang kita boleh buat hanyalah mengubah diri kita sendiri.

Abah banyak kali bagitahu aku benda ni. Namun mungkin dek usia yang masih muda pada waktu itu aku tidak dapat mencerna dengan baik maksud abah.

Dan setelah aku mengalami peningkatan usia dan berjauhan dengan keluarga baru la aku faham. (Perkataan peningkatan usia tu macam dahsyat je)

Aku tak dapat ubah pemikiran kawan baik aku sekali pun.

Sesungguhnya yang aku boleh ubah hanyalah pemikiran aku. Aku tidak kan pernah bisa mendominasi (yang bunyi macam indon ni apahal… telinga tengah dengar lagu indon hahaha) cerebral hemisphere orang lain, dan begitu juga orang lain tidak akan dapat mendominasi cerebral hemisphere aku.

Disebabkan aku belajar medik, so aku telah belajar bahawa isyarat motor dalam otak kita akan initiate movement kita, termasuklah verbal movement daripada lidah dan mulut yang berkata-kata.

Maka apabila ada orang yang mengatakan benda yang buruk mengenai aku, termasuklah mengumpat maka aku menganggap dia punya otak ada banyak masalah. Dah tak dapat nak keluar benda yang baik-baik, maksudnya otak dia penuh dengan benda-benda jahat la tu. Asyik nak cakap benda-benda buruk, dan dah tak berbaki langsung kebaikan dalam kepala otak dia, mungkin juga begitu.

Dan aku yang mendengar nista yang keluar dari bibir mereka, sebagai orang yang diserang aku punyai pilihan untuk menjadi reactive atau untuk sekadar senyap dan senyum. Allah bagi aku otak dan akal untuk berfikir tentang apa yang berada dalam lingkungan kekuasaan aku. Aku berkuasa untuk menyerang mereka kembali. Aku juga berkuasa untuk buat tak tahu.

Jadi aku buat tak tahu.

Sebab natijahnya nanti kalau aku memberi reaksi kepada mereka, akhirnya mereka akan bertepuk tangan kerana aku mengikut kehendak mereka yang memang suka mencari pasal dengan aku.

Bila aku buat tak tahu, aku bukan sahaja telah mengecewakan mereka dengan expectation mereka, malah aku juga dah kasi tone down diorang punya kerek tak habis-habis. Akhirnya hidup aku tenang dan aman. Aku biarkan mereka bising menyalak bukit sampai mereka penat.

Rasa untuk sakit hati itu tidak bermaharajalela dalam diri aku, sebab aku telah pun memilih untuk memahami bahawa benda-benda buruk yang aku dengar dari mereka itu adalah hasil pemikiran bermasalah mereka sendiri. Jadi aku rasa aku mempunyai pemikiran yang tidak bermasalah.

Orang baling tahi, kita baling bunga.

Orang bagi bunga, kita bagi bunga.

Itulah formula aku untuk hidup bahagia, jangan ubah orang, tapi ubah pemikiran kita.

Aku Benci Demokrasi

Assalamualaikum.

 

Aku terlalu benci dengan perkataan itu.

Demokrasi.

Terasa juga hendak menyalahkan Mustafa Kamal Atartuk, yeah I should tapi kejatuhan sebuah organisasi yang mengimplementasi hukum-hakam Islam itu sudah ditakdirkan Allah. Qadha, Anna.

Aku tidak tahan menyaksikan umat hari ini terus-menerus ditipu oleh ‘keindahan’ demokrasi yang mengambil suara majoriti katanya.

Tidak banyak orang yang sedar demokrasi itu mempertahankan prinsip-prinsip kebebasan yang tidak wujud dalam Islam. Sedikit manusia yang tahu demokrasi itu berasalh daripada idea tidak suci pemisahan agama daripada kehidupan dan kehidupan bernegara.

Demokrasi dimuliakan.

Jalan Rasulullah saw ditendang tepi.

Dan mereka berasa mulia menggunakan demokrasi sebagai uslub.

Bukan tidak pernah aku berinteraksi dengan mereka yang terlalui taksub dengan demokrasi ini.

Seringkali, aku menerangkan erti demokrasi yang sebenar. Tapi entah kenapa-mungkin pintu hati mereka ditutup oleh Allah- mereka tidak bisa menolak sistem kufur itu.

Lantas aku ajukan dalil qath’i untuk membuktikan sekiranya demokrasi itu halal dalam menegakkan Islam di muka bumi.

Malangnya tidak pernah ada lagi dalil yang didatangkan kepada aku. Yang ada hanya pendapat ulama’ yang menipu umat, tidak membezakan manifestasi hadharah dan madaniyah sesebuah akidah. Sakit kepala kalau macam ini.

Dengan demokrasi, aku lihat umat Islam caci-mencaci saban hari.

Dengan demokrasi aku lihat peraturan-peraturan Islam semakin diringan-ringankan atas nama Islam itu memudahkan.

Dengan demokrasi, manusia termasuk umat Islam bebas melakukan apa saja tanpa dibatasi peraturan yang Allah tetapkan.

Dengan demokrasi, orang yang miskin semakin miskin, yang kaya pembolot duit semakin tidak bersyukur dalam kancah kekayaan yang penuh dengan riba.

Islam cikompromi dengan demokrasi.

Demokrasi itu sendiri telah memelihara idea-idea kebebasan yang tidak pernah wujud dalam Islam. Usah bermimpi untuk menukar Perlembagaan Reid sekiranya Islam yang kau nak tegakkan tu melalui jalan demokrasi busuk itu.

Penat. Sangat penat menyebarkan Islam yang sebenar, yang tidak pernah menghasilkan demokrasi.

Tapi janji Allah itu pasti.